sila klik sini bawah sini

LOVING FOREVER

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

OUR GURL

Lilypie - Personal pictureLilypie Fourth Birthday tickers

amni ku sayang

amni ku sayang

Wednesday, March 30, 2011

Amni - Deman & Batuk = Amni SIHAT

Assalamulaikum dan salam sejahtera,

lama dah tak jenguk blog nih...
hupdate ape tah lagi.. nak jenguk pun tak nyempat..

emm dua tiga menjak ni amni demam.. batuk2..
sian kat amni..
rasa2 amni demam on off dah dekat sebulan..
br nih batuk2 plak...
klinik dah tiga empat kali g..
spital pun dah 2 tiga kali g..
doktor da check darah, tkde ape2 katanyer..
paru-paru pun clear...
obat jgn sebut ar.. dah mcm farmasi dah obat tur dok melambak kat umah..

nih antara obat yg sempat disnapkan gambonyer..
ada yg dah buang pun botol nyer..
sbb ubat dah abis ar...
100plus tu pun termasok dlm senarai obat tau..
batuk nih mungkin sbb tonsilnyer ada merah skit..
tu yg susah skit nak baik...
mcm2 petua dah apply..
still ada batuk jugak..
lah nih ajer ada ler kurang skit..
alhamdulillah... tp sian tgk amni bile dia batuk...
ya allah kasihani lah anak kecil ku ni..
semoga amni cepat semboh.. amin.

ari jumaat, sabtu ngan ahad siap bwk amni g ngurut lagi..
yelah mane tau ada salah urat ker..
maklumla budak .. kan lasak..
entah ape yg amni main kat tadika tu kan...

ibu pun dari Jumaat (keje separuh ari jer) sampai ler selasa cuti..
rabu nih ler bari naik keje...
sempat ar jap tgk blog nih ha..
hupdate jap uolls...
klu tak, memang tak nyempat..
laptop kat umah tu aku sempat jeling jer...

dlm dok sibuk jaga amni...
sempat ar ibu buat puff sardin..
puff ni diilhamkan dr che mat gebu ler..
resipi asal klik sini ye...
tp byk yg ibu derhaka kan.. huhuhu
memang mudah guna puff pastry nih..
meh ibu wat tayangan puff sardin yg sempat ibu buat..


puff sardin rangup uolls.. tp ibu terbuat intinyer masin skit lak..
tak sengaja ye.. terletak terlebih garam.. huhuhu

sekian saje.. jumpe lagi dilain n3.. bubai..

Wednesday, March 23, 2011

donut SURIA di kala tengah MALAM

donut SURIA di kala tengah MALAM

Semlm masa on the way balik umah lepas opis hour, jal
an skudai jemn giler..
katanyer ada
lori accident ..
so aku pun terpaksa lah ikut jalan alternatif.
ikut tmn perling, nusa idaman dan segala nusa tur..
lalu tmn sri yaakob, seri orked dan segala seri,
masuk mutiara rini br ler sampai
ke umahku syurgaku ...

oleh kerana perjalanan yg agak jauh skit jer.. plus byk plak traffic light
maka berbagai2 ragam lah si amni tur kat dalam kete...
nyanyi.. ngaji.. segala macam l
ah..

tetiba, dia sebut plak nak makan DONUT..
adeh, dah petang2 nyebut plak nak makan donut..
mana nak cari..
siap wat spesial request lagik ..
"nak donut yang ibu buat"
"mlm ni kite wat kueh ye ibu"
anak2.. klu tak dilayan kang merajuk plak..
ye kan aje ler...
layanzz

lebih kurang kul 7 mlm br sampai umah selalu 6.15 ptg da
h sampai umah.

maka, setelah selesai solat maghrib
(lepas abis crite Begitukah Cinta ye huhuhu)

aku pun mulakan operasi...

aku buat tak byk, cuma 2 cawan tepung gandum ajer..
pastu aku pakai acu donut yg kecik sesuai ler ngan mulut amni tur..

nilah separuh donut2 yg belom digoreng,

maka terhasil donut SURIA di kala tengah MALAM
maklum lah doh donut nak kene perap dalam 45 minit..
tp sbb aku tertido kerana keletihan dan badan pun kurang sihat
kul 10.30 mlm br aku goreng donut tu..

aku goreng separuh ajer..

tu yg tutup ngan tudung saji tu separuh lagi, aku goreng esoknya pepagi..
wat sarap dan bekal amni g skolah..

p/s: amni memang faberet dia makan donut..

Tuesday, March 22, 2011

DART

Dart

Bunyi tajuk dah mcm blog sukan jer..
huhuhu...

dua tiga menjak nih, kat umah sume tgh kemarok main dart.. dari atok, nenek..
chik lat pun sama..
yang paling tak tahan.. amni pong sibuk nak main dart..
cam teror ajer nak main dart..

ini bermula sbb nenek akan mewakili jabatan kat nenek keje dalam in-door game iaitu DART
so kat umah pun training gak...
sume org memberikan sokongan padu pada nenek termasuk amni..
amni klu bab asah DART memang serah ajer lah kat dia...
kat astro pun selalu ada kuar rancangan sukan pertandingan dart antarabangsa...
kul 10.30 mlm channel 811(klu tak silap)
penonton setianya: nenek, atok dan tak ketinggalan amni..

semoga nenek akan berjaya dlm sukan yg diwakilinya dan akan berlangsung pada bulan Jun nnt di negeri Sabah Bawah Bayu...

(terima kasih yek pakcik Google for the picture)

Friday, March 18, 2011

Mengawal Selera Makan dan Tidak Merasa Lapar.

Mengawal Selera Makan dan Tidak Merasa Lapar.

Pernahkah anda memulakan diet tetapi akhirnya tertekan dengan rasa lapar?

Tiada apa yang dapat menjejaskan diet anda selain rasa lapar dan teringin kepada sesetengah makanan yang tidak sihat. Biasanya lagi kita cuba untuk meningggalkan makanan kegemaran kita contohnya mee goreng mamak, lagi kuat pula selera dan keinginan kita untuk makan mee goreng mamak tersebut terutamanya ketika perut sedang kelaparan. Kegagalan mengawal selera makan inilah yang biasanya menggagalkan kita dalam setiap program diet.

Kalaulah rasa lapar disebabkan diet ini boleh diatasi sudah tentu anda mampu untuk mengekalkan program diet yang sedang anda ikuti dengan lebih konsisten. Berita baiknya ada cara yang sihat, mudah dan berkesan untuk mengawal selera makan anda.

Kunci utama dalam pengawalan selera makan ialah dengan pengambilan makanan pembuka selera dalam jumlah yang kecil sebelum makan. Antara bahan yang berkesan dalam pengawalan selera makan ialah asid lemak berangkaian panjang yang boleh didapati dengan banyak dari minyak zaitun, minyak flaxseed, keju dan mentega kacang. Pengambilan makanan yang kaya dengan lemak sihat (healthy fats) ini boleh membantu mengawal selera makan anda. Maka anda akan berasa lebih kenyang walaupun hanya mengambil jumlah kalori yang rendah.

Berikut adalah contoh menu pembuka selera. Gunakan lemak sihat yang dicadangkan di sini dalam jumlah yang sedikit.

• 2 cawan salad digaulkan dengan 30ml minyak zaitun
• 56 gram ayam belanda dengan biskut bijirin penuh
• 56 gram keju dengan biskut bijirin penuh
• 56gram tuna dalam 30ml minyak zaitun
• ½ sudu mentega kacang dengan sayur saderi

Kajian telah membuktikan apabila makanan di atas diambil sebelum makan akan mengurangkan kadar pengambilan makanan keseluruhan, memperlahankan perjalanan makanan daripada perut dan memanjangkan rasa kenyang sehingga 4 jam selepas makan.

Jika rasa lapar menjadi sebab utama kegagalan diet anda sebelum ini, bolehlah anda mencuba menu-menu pembuka selera yang mudah dan sihat ini!

Sumber : artikle iluvislam.com

gambo: google picture

p/s: bleh lah aku cuba cara nih, mudah - mudahan berkesan.


Wednesday, March 16, 2011

idaman ku...

IDAMAN KU..

Kuat betul aku nih berangan...
tp takpe berangan tak kene bayoo...
agak2 bile leh dapat...
aku target nak jugak lam tahun nih.. hehehe
insyaAllah klu ada rezeki.. klu tak dpt tahun depan ler..
klu tak dpat jugak tahun depan lagi satu..
klu tak dpat jugak lagi satu nyer tahun depan..
berape byk nyer tahun depan dahhhh...
  1. iPAD
handy .. senang nak bwk kesana kemari.. takde lah besau ngan berat sgt..
trendy gak kan. huhuhu
2. Breadmaker
ni lak sbb syok sgt wat roti tp penat wei nak nguli..
lenguh tangan nih.. dlm setgh jam gak ler nak guli..
mcm nak tercabut gak ar tangan nih.. adeh..
klu ada nih senang skit nak wat roti...





dua2 nyer klu dicampur dalam RM2+++...
kene kumpul duit nh...
(kredit to uncle Google for the picture)
ada tak sape2 sudi hadiah kan? saya tak kecik ati.. hihihi
bebesar hati terima huhuhu


Saturday, March 12, 2011

JIRAN SAYA !!!

Bak kata pepatah:
Jiran sepakat , Membawa Berkat.

tp klu jiran KEPARAT!! maki yg ko dapat...

emmm... fikir le sendri..

Friday, March 11, 2011

outTopic : Sikap Wanita yang disenangi Lelaki

Sikap Wanita yang disenangi Lelaki

Isteri, suri hati dan penyeri hidup suami. Tapi sayang, kilauan seri itu dibiarkan kelam apabila usia perkahwinan melanjut dalam. Mari kita selusuri sikap wanita yang disenangi suami agar ikatan yang terjalin mekar mewangi.

Sabda Nabi SAW, "Tiga daripada kebahagiaan: "Wanita yang apabila engkau melihatnya, ia mengkagumkan engkau, apabila engkau tiada bersamanya dia menjaga dirinya dan harta engkau."

(Riwayat al-Hakim dalam al-Mustadrak, dinilai hasan oleh al-Albani)

01.Keibuan
Lelaki terpikat pada wanita yang bersikap keibuan, lemah-lembut, mengambil berat dan penyayang. Wajah keibuan mampu membuat lelaki berasa tenteram ketika sedang stress, cemas lagi gelisah dan berasa senang hati ketika mahu bermanja. Setiap wanita ada potensi keibuan dalam diri masing-masing dan jangan ditunggu sehingga beranak baru mahu menyerlahkan sikap keibuan itu.

02.Keanak-anakkan
Dalam batas yang wajar, sifat keanak-anakan seorang wanita menjadi daya tarikan di mata lelaki. Mereka berasa terhibur dengan keletah anda. Awas, sifat keanak-anakkan yang melampau mampu menjelakkan hati.

03.Penuh pengertian
Sikap pengertian wanita membuat lelaki berasa dihargai dan diterima seadanya. Sikap ini tercermin daripada perasaan mudah memaafkan, memilih waktu yang tepat untuk berbincang masalah dan sebagainya. Contohnya, ketika lelaki melakukan kesilapan, wanita yang berpengertian tidak terus mengeluarkan kata-kata yang kasar atau menuduh melulu sebaliknya cuba mengerti duduk persoalannya.

04.Menghargai
Wanita yang menghargai lelaki adalah wanita yang disenangi lelaki. Berbeza dengan wanita yang suka diperlakukan dengan lembut; lelaki pula suka dihargai, dipuji dengan tulus ikhlas dan diberi kepercayaan. Penghargaan daripada wanita membuat lelaki berasa bangga.

05.Menjaga penampilan
Wanita yang pandai menjaga penampilannya agar sentiasa kelihatan cantik, bersih, kemas dan menarik rata-rata merupakan idaman si suami. Penampilan yang baik menunjukkan wanita tersebut menghargai dirinya. Dia akan mudah senyuman, pandai merawat tubuhnya, meningkatkan kualiti hidupnya dan memberi yang terbaik kepada dirinya. Dia suka dan bersyukur dengan dirinya dan secara tidak langsung memancarkan pesona yang menyebabkan lelaki juga menyukainya. Apabila sudah berumahtangga, wanita tersebut terus menjaga penampilan dirinya dan kesihatan tubuh badan walau sudah beranak-pinak. Siapa yang tidak suka isteri yang masih kelihatan cantik dan ramping walau sudah beranak tiga?

06.Pandai berbicara
Lelaki tertarik dengan wanita yang pandai berkomunikasi dan boleh diajak berbual. Walau topik perbualan yang disukai lelaki berbeza dengan topik kegemaran wanita, wanita tersebut dapat mengimbanginya. Dia bukan sekadar teman berbual yang pasif, tetapi dapat memberi respon dan pendapat yang baik. Dia juga tahu menjadi pendengar yang baik, serta mengalihkan topik yang agak serius kepada perbualan yang lebih menarik. Lelaki juga suka dengan wanita yang suka bergurau dan pandai berjenaka serta boleh menerima jenaka lelaki dengan baik dan berfikiran terbuka.

07.Pandai bergaul dan menyesuaikan diri
Wanita yang pandai bergaul dan menyesuaikan diri mempunyai nilai lebih di mata lelaki. Wanita tersebut tahu menghadapi orang yang lebih tua dan cara berhadapan dengan orang yang lebih muda. Apabila berhadapan dengan suasana yang baru ,wanita tersebut tidak gentar malah cepat menyesuaikan diri. Dia mudah diajak ke mana saja dan tidak kekok sama ada di bandar atau di kampung.

08.Menghormati diri sendiri
Lelaki suka dengan wanita yang menghormati dirinya sendiri sebagai seorang wanita, bersikap sopan dan mempunyai etika. Wanita yang menghormati dirinya sendiri mempunyai keyakinan dan tahu apa yang baik dan buruk diperlakukan oleh seorang lelaki terhadap dirinya. Jadi dia tahu apa yang dia inginkan dan mahu elakkan serta menjaga maruah dirinya. Dia tidak akan merendah-rendahkan dirinya dan tidak akan membiarkan lelaki memperlakukan dirinya sesuka hati.

09.Simpati dan prihatin
Lelaki suka wanita yang murah hati, mengambil berat, simpati pada nasib yang susah dan tidak memilih bulu. Kebaikan yg wajar dan spontan mencerminkan hati yang mulia. Ada kecantikan dalaman pada dirinya yang memancar keluar dengan indah dan memikat.

- Artikel iluvislam.com

Thursday, March 10, 2011

outTopic: Isteri boleh Maaf tp Tak boleh Lupa, Suami Boleh Lupa tp tak boleh Maaf.

Assalamulaikum...

Entry nih.. saya perolehi dr FB seseorang.. saya berpendapat ianya sangat berguna. Maka saya decide tuk share ngan sume...


Isteri Boleh Maaf Tapi Tak Boleh Lupa

Suami Boleh Lupa Tapi Tak Boleh Sebut Maaf

Ramai dikalangan isteri merungut akan sikap suami mereka yang susah untuk menyatakan atau mengungkapkan perkataan “maaf” walaupun dengan jelas kesalahan dan kesilapan berpunca daripada suami. Akhirnya ramai dikalangan wanita melebelkan orang lelaki ini sebagai EGO.

Untuk memahami sikap lelaki begini, mari kita imbas kembali peranan lelaki zaman dahulu. Lelaki adalah penjaga keluarganya daripada serangan binatang buas, musuh dan menangkap binatang buruan untuk makanan keluarganya. Dia keluar meninggalkan keluarga untuk ke hutan menangkap binatang. Dia berfikir sendirian. Dia keluar dengan penuh yakin untuk kembali membawa binatang buruan. Dia tidak akan menunjukkan muka yang takut atau lemah agar isteri dan keluarganya tidak risau akan pemergiannya. Malah dia ingin dirasai diperlukan oleh keluarganya untuk mendapatkan makanan.

Sikap “rasa-tidak-dilihat-sebagai-GAGAL” telah menebal di kepala orang lelaki. Sememang inilah binaan sel-sel rangkaian otak orang lelaki yang suka kompetitif, kuasa dan agresif. Tidak boleh menerima kegagalan.

Kalau lelaki ini bersendiran memandu kereta dan dia sesat jalan, dia akan turun bertanya pada orang untuk mendapatkan panduan. Tetapi kalau isteri atau ada orang lain yang bersamanya ketika itu, dia tidak akan turun bertanya pada orang lain. Kerana perbuatan ini menyebabkan dirinya dipandang sebagai GAGAL. Kalau isterinya bersuara menyuruh dia minta pertolongan orang lain, ini menyebabkan dirinya rasa GAGAL. Pantang dirinya menerima keadaan begini. Seolah-olah dia “tidak berguna”. Kalau dia sedang membaiki paip yang bocor, isterinya suruh dia panggil saja tukang paip, tindakan isterinya ini merendahkan martabatnya sebagai dia GAGAL. Pantang dirinya menerima keadaan begini.

Penyebab lain yang menyukarkan suami menyebut “saya minta maaf” ialah binaan otak “monotrek”nya ini iaitu:

1. Kurang perhubungan diantara sel emosinya di sebelah otak kanan dengan sel lisan di sebelah otak kirinya. Oleh itu amat sukar untuk dia menyuarakan kesilapannya.

2. Minda lelaki sepeti di dalam kotak-kotak. Semua kesilapan diri sendiri disimpan di dalam kotak-kotaknya itu dan disimpan hingga dia sendiri lupa di mana dia letak kotak-kotak itu. Dia hanya ingat akan kotak-kotak yang berisi kejayaan dan kemenangannya sahaja. Itu sebabnya orang lelaki lebih mudah menceritakan kejayaannya daripada kegagalannya kepada orang lain.

Sebaliknya isteri amat mudah menyuarakan semua perasaan, emosi, pandangan, kemaafan dan nasihat kerana binaan sel otak mereka yang “multitasking” ini mampu melakukan pelbagai perkara serentak. Disebabkan hubungan jaringan sel sebeginilah, maka amat mudah bagi seorang isteri mengingat semua peristewa dan dengan cekap pula mengaitkan peristewa itu dengan isu dan emosinya.

Itu sebabnya seorang isteri sangat memerlukan unggapan “Abang minta maaf” daripada suaminya kerana dengan pernyataan ini menyebabkan dirinya dihormati dan terhubung jiwa dan raganya dengan suami itu.

Dua orang lelaki peninju kelihatan berpelukan di akhir pertandingan. Tanggapan orang perempuan ialah mereka sedang bermaaf-maafan. Hakikat sebenar ialah pemenang berkata, “Aku menang” dan disambut oleh yang kalah, “Ok, aku tunggu kamu tahun depan pulak.”

Oleh itu, bagi isteri, cukuplah dengan perbuatan suami seperti membasuh keretanya atau mengambil kain di penyidai sebagai ungkapan yang dia sedang meminta maaf kepada anda.

Bagi suami pula, belajarlah menyebut, “Abang minta maaf” setiap kali isteri berkata, “Abang yang silap” kerana dengan ucapan azimat ini akan bertambah sayang dia kepada anda, walaupun anda tidak tahu apa kesalahan anda.


Selamat mencuba...


Wednesday, March 9, 2011

BENGKEL ROTI .. a new hobby

BENGKEL ROTI 1:
SOSEJ BUN & SOSEJ BLOSSOM

dua tiga menjak nih.. tak tau kenape kemaruk sgt wat roti...
a new hobby maybe... before this asyik tgk tenet blog masak2 ajer..
tetiba teruja lak utk wat sendri..
so ni lah dia percubaan demi percubaan...
kredit to che mat gebu,
sbb blog masak che mat gebu memang SGT berguna for new beginner...
so sape2 nak resipi penuh wat roti nih serta panduan nyer skali leh klik sini..
resipi utk doh, lebih kurang sama ajer.. finishing aje ikut style memasing..
suka ati ler nak bubuh aper pun... janji bile dah siap makan tau..
jangan membazir plak..


nih doh lepas diguli ngan tangan tau..
adey lenguh tangan beb.. setengah jam mengguli...
time nih dan2 teringin nak beli breadmaker...
fulus je lom mengizinkan..
klu ada breadmaker lebih mudah tau...

lepas lebih kurang 45 minit..
doh akan naik.. cam nih ler lebih kurang...

pastu canai kan doh tu sebelum jadikan macam kat bwh nih
:
:
V



lepas lebih kurang 45 minit..
doh roti tadi akan naik lagik..

roti selepas dibakar.. yum..yum...

BENGKEL ROTI 2:
ROTI KACANG MERAH

yg nih plak.. saje je wat roti gulung kacang merang ngan bun kacang merah.
dua jenis roti tp raw material yg sama..


roti kacang merah yg siap digulong.. siap comot2 lagi gulong nyer..

biar lbih kurang 45 mint.. nnt roti naik lagik..


ni plak roti bun kacang merah.. roti inti kacang merah lah...
1/4 kg tepung dpt ler byk nih roti nyer..


roti kacang merah yg dah siap dibakar...

bun kacang merah...

sekecik nih pun sibok gak nak guli roti..
dpt doh skit.. dok sibok nguli .. dah tak kira.. kat maner...



rerajin lah mencube ye..
thanks che mat gebu for the resipi...
and sori sbb byk derhaka resipi che mat..
ampun....



Tuesday, March 8, 2011

Weekend @ Batu Pahat...

Hujung minggu lalu..
spend time kat BP...

main bola malam2 kat Dataran Batu Pahat
Saat atok dibuang padang oleh pengadil cilik...
sian atok... hahahha

naik bot di pantai minyak beku... pusing2...
amni takooot naik bot...

amni ngan ibu... senyum lah sayang.. jgn takoot...

amni paisee dok ngan nenek dan ngan atok...

ibu posing jap.. hehehehe

Lat bersama co-owner spend weekend @ BP...

pusing2 naik bot.. leh lak jumpe org tgh menjala ikan..
maka berlakulah urusniaga ditgh laut...

jual beli ikan segar...

tu dia ikan yg baru di tangkap dan telah dibeli oleh nenek...
ikan yg akan dijadikan lauk ...
sedap giler makan ikan fresh...

Pemandangan dari atas bot..

lepas pusing2 naik bot... singgah jap kat tempat sejarah
Perigi Batu Pahat..
Asal dapatnyer nama Batu Pahat...


di pintu masuk ke perigi batu pahat...

kisah sejarah tercatit di batu nih...

dalam gak perigi nih...
atok jolok kayu pun stil tak rasa dasar nyer...

owner program tgh bacakan catitan sejarah..

nenek ngan amni rehat lepas penat berjalan...

amni gumbira...


sebelum balik JB.. sempat gak pusing2 taman soga naik beskal..
kredit to aiman sbb bg pinjam beskal..
sronok amni naik beskal..

masa pusing2 nih.. taman nih dah le berbukit2...
tetiba amni kuar statement...
"kayuh ibu... kayuh.. jgn takoot... amni ada"
amni dok blakang ajer .. tak kayuh leh ler..
semput ibu kayuh beskal.. hihihihi

amni tak puas naik beskal ngan ibu...
atok lak jadi mangsa bwk amni naik beskal...

we have a great time at Batu Pahat...
<3..<3

sila klik sini --->